selamat datang.terimakasih.jumpa lagi

Monday, December 31, 2012

GoodBye 2012 Hello 2013

Asslamualaikum...

Alhamdulilah, syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup di tahun baru ini. dan seperti kebiasaannya semua orang mula la mengukir azam baru. tapi aku ? masih lagi tercari-cari azam yang sesuai. ececehh. azam 2012 dah pun tercapai, and most thankful to Allah sebab 2012 paling banyak kenangan gembira tercalit dalam hidup aku. waahhhh. speechless gituww. 

And now, 2013 muncul dan semua mahasiswa di seluruh Malaysia (maybe) yang akan menduduki final exam expcially aku sedang mengalami kemurungan dan stress yang melampau. *tangan kat bahu,buat mulut itik*
Yayayayya, Final Exam untuk sem 1. tapi diri ini masih lagi berdegil untuk tidak study dengan lebih gigih. manakala mata hanya berusaha untuk terpejam sambil tertidur lena dibuai mimpi indah macam berada kat pulai Okinawa tuwww. eerr -.-'. Mashaa Allah. 

Despite, its sounds like 'eeerrr', aku mempunyai harapan yang tinggi sekaligus jadi azam untuk tahun baru ni. I hope, I hope, I hope...... dapat pointer yang terbaik dan kalau boleh bagi Dekan jela terus untuk sem ni. kannn. *sambil lepang muka bagi sedar sikit siapa diri ni*. LOL sangat besar harapan itu dan aku harap ianya bukan mimpi. hiewhiewhiew.

Btw, selamat melangkah ke alam 21st untuk diri sendiri, dan majulah diri untuk lebih gigih tidur dengan nyenyak di tahun baru ini. sekian. selamat tinggal 2012. I wish ...........


Wednesday, December 5, 2012

Realiti Hidup

assalamualaikum..

kehidupan mengajar kita cara hidup untuk berdikari. hmm... hampir 3 bulan aku dekat UM. banyak jugak pengalaman dan cabaran terpaksa aku hadapi. walaupun perit itula dia kehidupan. sabar, sabar dan terus bersabar atas segalanya. 

bila hidup jauh dengan orang yang tersayang barulah aku rasa mereka sangat penting and sangat diperlukan. sebelum ni buat tak tau jekan. maklumlah, tak pernah berjauhan.. and bila dah jauh macam ni la jadinya. rindu nya dekat emak, abah, adik, nenek, opie, arul and semua kawan-kawan dekat johor. walau ape pun, hidup perlu diteruskan. belajar biarlah sampai jadi orang berguna. be strong nyssa! ini semua ujian dari-Nya supaya kita lebih kuat and lebih ingat kanNya. salam ...


Love them till Jannah. 

Sunday, October 21, 2012

some one like you :)

semalam adalah memori, hari ini adalah realiti. walaupun saat itu datang dan terus berlalu, ianya lebih berharga dari hari sebelumnya. hari ini baru aku percaya setiap word and alami setiap perkataan ni ' Setiap pertemuan itu pasti akan berakhir dengan perpisahan '.

thank to my lover for coming, yesterday. sayang, walaupun sekejap kita jumpa semalam tapi tu dah cukup buatkan saya rasa dihargai. lepasnih kita mesti jarang jumpa lagikan. awak busy dengan kerja, practical nd etc syg pulak busy dgn study. tapi awak kene ingat, apa pun yang terjadi kita mesti sabar dengan segala perkara yang dah di atur oleh-Nya. kan sygg... terima kasih syg untuk semalam. i love you more !

Friday, October 12, 2012

Na.. Na... Na.... Ganu kite !

Hey, Ganu kite. Untungnya ada kawan duk Ganu. Boleh g Ganu nt, YEAAAYYY !! Selasa lepas abis jek kelas terus bedezuppppp g seksyen Universiti teman Ras dari Ganu beli tiket balik kampung for Raya Haji nt. jauh gila perjalanan tapi seronok beronok ronok sebab dapat kenal KL dengan lebih dekat lg. ecececechhhh. even sesat naik LRT tp itu satu pengalaman yang tak mungkin semua orang akan dapat. kankankann. haha. ehh, malas la cite lagi. jap lg nak setadi, leceh nak menulis. (ececeececece). Jom la verangan sambil tengok pic nih. >.<


Inilah Kolupoq sambil menjerit dgn penuh jakun. Hahaha

Lihatlah Kolumpoq jem, sesak, sibuk. nasib baik ade lrt. aauuww

kemudian Ras belanja makan mekdi. yeahh. Masyeh Ras. :)

ok. babai shumeeee. (gedik)

Friday, October 5, 2012

kehidupan sebagai mahasiswa UM

Alhamdulilah... Allah la sebaik-baik perancang dan kini aku bergelar mahasiswa Universiti Malaya. ohsemmmmmm ! hewhewhew. dah sebulan aku disini dan menetap di kolej kediaman ke-7 Za'ba bersama mahasiswa tahun 1 yg lain. eehhh, macam mahasiswa la ayat dia. sekimaaaa. hahaha.

banyak aku belajar sesuatu yang baru kat sini dan banyak jugak lah aku menangis sebab tak biase keadaan kat sini tanpa kasih sayang keluarga. *sila sedihkan diri dgn keadaan aku. ommaaaaa! haimissyuuu :(
But, well, itu semua mengajar aku kehidupan berdikari nd more to be matured ! gulppp! before nih memang gua tak matured. hihih. seronok jugak la hidup dekat kampus sebab ade kawan baru, library yang beso nd bole tido dgn buku2 kat situ, ade DM or dewan makan yg sediakan makanan sedapsedap, setadi sesuatu yang baru, antropologi ? sosiologi ? ade LRT, Monorel nd each. jakun disitu. okehh. dan inilah kehidupan aku sebagai mahasiswa. sangat ohhseeemm! 

she's Fatin, from Pontian, Johor



with lecturer bahasa Filipino. 

outing bersama sahabat baru sayaa. Naimah nd Fatin from Pontian Johor :)

sahabat sekuliah. Ras from Terengganu and Fatin.

actly ade lagi sorang sahabat sekuliah aku, tapi dia busy dengan bisness nya. and selalu je tak dapat bersama. tapi dia ohsemmmmm ! hehehe. she's Tasya from Perak. semoga kita terus menjadi sahabat selama selamanya kat sini nd berkongsi suka duka bersama. i LOVE u allss :)


Friday, July 20, 2012

Monday, July 16, 2012

memori lepasan STPM 2011. hiewhiew

lokasi : Tanjung Balau 
peserta : Syariah students lepasan STPM 2010/2011 

hai olsss, semalam adalah memori terindah kami sebelum masing-masing mengejar cita-cita. sangat terharu dengan event yang dorang rancang. aku just datang dengan dijemput oleh dua jejaka kacaksss ke tempat peranginan (ecehhh ) sambil dijamu dengan makanan yang best best belaka. semuanya disponsor oleh rakan-rakan seperjuangan aku. wahhhh, aku ? bawak diri je. nampak tak kebiadaban itu terserlah.? hishhhh, sungguh tak ku sangka. hiewhiewhieww. ape pun haluan korang lepas nih tolong lah jangan lupakan saat suka duka kita bersama okay. rindu rinduan lah lepasnih dekat bekas-bekas students syariah lepasan stpm 2011. haimissyuuollsss ;(

jom mengintai dari tirai kamar :




hero-hero kelas kami ;)





see, betapa meriahnya makanan yang terhidang. da boleh buat kenduri kesyukuran. 


yang sempat aku melantak. HIHIH




sahabat yang cecomel sokmo


sekiannnn ..........



I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friends
And being here with me through it all.
till end friendship never die.


Thursday, July 5, 2012

strong !

i wish u were here .....


ohh katak, i wish u were here , here , here ........ haimissyuuuu. shemileeeee.  =,,=''

Monday, May 28, 2012

ditemu dan diduga = temuduga

Assalamualaikum
Alhamdulilah ... bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi bernafas dimuka bumi-Nya yang indah belaka ni. cewahh, tuu lagu diaa. ohh, kembali pada tajuk entri, sebelum nih bukan tak normal pun, sejak-sejak terpilih untuk ditemuduga dalam bidang pendidikan aku mula rasa tahap keabnormalan itu makin merundum. gedebuk gitueeww. mesti orang pelik... kenape ? ni la persepsi orang ..


1. eh ? nisa kau jd cikgu ??
2. bole ke kau jd cikgu ?
3. eh perangai kau amatlah gonjol. jadi cikgu pulak ?   
4. ape ? kau amik bimbingan kaunseling ? *pengsan.


HAHA. actly, i'm not the best among the best, aku pun tak percaya bole dapat tawaran nih. ohh, sebelum terlupa, sesiapa yang ambil bidang pendidikan nih diaorang kena menduduki ujian kelayakkan atau dikenali sebagai ujian MEDSI, untuk lihat sejauh mana diaorang nih betul-betul bole jadi cikgu or tak. btw, ujian nih ada 300 soalan and u'll kena jawab dlm masa 1hour. kalau rajin mengupdate entri nih, bole la aku ceghita bout MEDSI pulok okeh :)) bila lulus ujian tu anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga pulokk.







tempat : Fakulti Pendidikan UTM Skudai Johor Bahru
masa temuduga : 2.00 p.m
tarikh : 28 Mei 2012
mood : ofkeross nevesss :|

aku orang yang paling awal sampai disitu kerana terpaksa menemani sahabat handai aku yg inteview pukul 9.00 a.m. kira berapa jam aku terpaksa menunggu sesi petang aku ? ohmaiii -.-'
but, its chill broo. i'm okay. gulp!

semasa inteview :

oh, rupanya tak la menakutkan sangat macam ape yang digembar gemburkan sebelum ni. Penemuduga pun amatlah baik dan peramah. beruntungnyaa aku. penat je aku study bagai mlm tu bout isu-isu semasa, isu pendidikan ( sebab amik kos pendidikan, so ilmu itu mesti ada ) tapi, its okay, dapat la jugak tambah-tambah ilmu ni rite ?  so, kepada sesiapa yang bakal di inteview get ready jela dgn soalan mengarut merapu penemuduga itueww. HIHI. first masuk bilik inteview, kita kena buat ujian warna dulu and serahkan semua butir-butir peribadi, sijil-sijil, i/c and slip temuduga yang di print its very important ok. then, abis ujian warna dia suruh duduk, haruslah duduk. kalau tak, jangan memandai-mandai kau nak duduk.

soalan yang ditanya :

1. cerita pasal latar belakang keluarga
*then, da habis cghita barula dia tanya tentang kos yang kita amik nih. so sesiapa yang amik kos kena mengajar mesti haruslah mengajar ok. macam aku amik bimbingan kaunseling, so dia tanya :
2. kenapa minat dalam bidang bimbingan kaunseling nih ?
*aku mula membebel, bla..bla..bla... 
3. dia suruh cakap bi la pulokk. 'tell me about what u like to do when free time ?  '

tiba-tiba ........

penemuduga : sy minat dengan cara awak bercakap. ape kate kalau sy bg awak kes, awak selesaikan.
aku : gulp ! ohh bole...
penemuduga : di sekolah Bandar Tenggara, misalnya (eh, name sekolah aku tuu ) terkenal dengan masalah disiplin pelajar-pelajarnya, ape peranan anda untuk membanteras gejala seperti itu, bayangkan rakan anda sendiri yang ada masalah disiplin tu. ape peranan awak ?
aku : ha ? peranan sebagai ape ? kaunselor ke kawan ?
penemuduga : sbg kawan la, pembimbing rakan sebaya. awk ade sijil PRS kan ?
aku : ohh ade2, peranan sy... bla..bla..bla...
penemuduga : eh ? awak pernah selesaikan masalah ke ? ade pengalaman ?
aku : ( mule kelentong ) ohh, ade.. kawan sy ada masalah keluarga jadi ...
penemuduga : iye? macam mane awak selesaikan ?
aku : blablablaaaa.... punye la exicted beceghita..
penemuduga : bagus, sy nampak bakat awak sebagai kaunselor. sy harap cita-cita awak tercapai.
aku : *malu :)
penemuduga : sebelum tamatkan sesi ini, awak ade ape-ape soalan nak tanya ?
aku : ada ! (hamboi kemain td soal aku, nih aku soal u'll pulok ) ape cabaran dlm bidang yang sy amik ni ?
penemuduga : blablablaaa.., baiklah. terima kasih. semoga berjaya. sambil senyumm
aku : gigil sampai kelua bilik.

selepas inteview :

haruslah ucapkan good luck kepada yang masih tunggu giliran, salam dorang then takut-takut kan dorang. hiewhiewhieww. aiyokkkk.

Alhamdulilah, segala kesulitan Allah telah pun lancarkannya. terima kasih juga kepada cikgu suryani ahmad, kaunselor SMK sultan alauddin yang banyak bagi tunjuk ajar, sahabat yg setia menunngu time inteview sis Farahin nd sis nadiah. tenkiuu uolss. mak and abah yang selalu on call sehingga aku abis inteview, risau katenyaa. kawan2 yang bg sokongan, bofrend yang menjemput aku utk pulang kerumah slps tamat inteview and tanx kepada semua. ilebiuu uollss. semoga doa kalian mengiringi kejayaan ini. Aminn.











Friday, May 18, 2012

mCflurry oreo bersama umi saifi :)

okay, jam menunjukkan pukul 12.00 p.m. masa untuk chekout dari **** taman putri , Kulai. (*** bukan bermaksud sesuatu yang lucah okeh ! ) then, bedezzzuuuppp pegi kerumah ummi, sahabat comel kita leewwwww. ada misi yang harus dilaksanakan. ecehh. vvrrroooommmmmmm ~~

petang yang cerah. petang yang cerah. petang yang cerah dirumah umi Ashikin saifi. kenapa ? saja-saja memnyibukkan diri untuk mencungkil bakat buat mCflurry Oreo. yeayy ! ssheeeelonnnottnyerrr rasa. auuuwwww (o.O) jum selongkar. actly ni lah 1st time aku dan umi mencungkil bakat buat mcflurry nih. hewhewheww. 

antara bahan-bahan yang digunakan :



 actly, kena guna ice cream vanila. baruu ade uummpphhhh org kata. HIHI.


 nih sangat important dan memang important la. hamba dok tau la pulok kenapa. hamba men buat jerkk. 




 oreo yang siap di blender.


1st skali masukan UHT WHIPPING CREAM tu ke dalam mangkuk, kisar sehingga rasa betul-betul sebati dan penuh bekrim. ehh ?? ahh buat jela.


then, da rasa sebati masukan ice cream dan kisar.kisar.kisarr. lastly masukan oreo yang telah siap dikisar. gaulkan sehingga rata. isshh, banyak betul kisarnya. 


ohh lupa, selain kisar hancur oreo tersebut, kena kisar oreo secara kasar juga ye puan-puan. mean ada dua bahagian oreo yang dikisar. satu yang dikisar halus satu lagi dikisar secara kasar,tak perlu lahh halus sangat. nih untuk ditaburkan selepas semua bahan siap di kacau rata. macam yang diatas ni laa. then, siap sedia untuk diletakkan di dalam peti aiss. tunggu beberapa minit lepastu bole la makan. :)) 


taraaaaa... yummy, yummy ! siap untuk dimakan.

okayla, da magerib nih. kite pun tak tau ape kite tulis nihh. ishh, tak faham la. buat-buat mengerti jela. HIHI. babai uuoollsssss. eh, japjap. Tenkiuu belibeli machhh to umi Saifi sebab offer kita sepahkaan uma dia buat ice cream febret kita nih. i lebiuuuu <3 ehh, zurin tade pulok sebab terpaksa balik melaka, ada hal kabonyaa. humm -.-'
eh, da la babaiiiii.

credit to : umi ashikin.

Thursday, May 17, 2012

'' Just hearing your name makes me smile! ''


'' When I 1st saw you, I was scared to talk to you. When I spoke to you I was scared to hold you. When I held you I was scared to luv you. Now that I luv you I am scared lose you. It’s not my fault I love you so much…it’s yours! ''
=.='' 

Tuesday, May 15, 2012

girl day out

Assalamualaikum ...

yeayy ! hari bertemu rakan telah kembali. terasa terharunyaa bila dapat jumpa. ohh babe, imissyuuu. sila terharu bersama-sama. pleaseeee!!! ;)

so, kami pongg telah memilih untuk keluar meluangkan masa bersama. HOREYYY! lama dah tak jumpa bersama. sila lihat foto dibawah sambil buat-buat muka jelessss . HIHIH




ohh, lupa. oleh kerana amalan bersia-siar ini tidak dirancang maka aku pun kelua la dgn skirt labuh. oooohhhhmmmaaiiiii, mereka telah memaksa aku naik basikal meronda satu tasik. maka, jadilah seperti diatas. haiyooo. boleh tutup basikal tuh menggunakan skirt aku -.-'


 she's zurin, sangat omel macam cucing muke dia. iihiihihi... dia paksa, dia paksa. hhuaaawaahuaaawaa . 


this is super girl. mereka telah memilih fixie bicycle, tapi hakuuuu ?? oldschool jek. but it's look like korean style, am i rite ? hewhewheww. perasan leetteeewww (o.O)


with umy the cute little girl. dia yang drive keta, dia yang bawak we'll jalan-jalan. masyeh ommi. ilebiuuu :)


oleh kerana asik begamba bedua jekk, kami telah memaksa abang 'basikal sewa' tuh tangkap kan gamba kitorang. paksa dia buat gaya macam-macam kangaroo. HIHI. tenkiuu la abang. thumbs up :)

- btw, basikal yang disewa hanya rm5 seberapa jam kita nak main. hewhewwhew. abang tuh yang cakap, kita tak, kita takk. murah kan. tapi we'll terpaksa rusher sebab ada mission seterusnya. OYEAH!
location : hutan bandar putra, kulaijaya .




bekalan untuk disantap ketika lapa dan dahaga. jumpa je stall tepi-tepi jalan we'll terus pergi dan beli. then, makan dgn bersungguh-sungguh. (eleh, tipuu letteww, makanan semua zurin yang abiskan)



then, terus rush pegi IOImall bandar putra sebab pukul 7.00 p.m we'll punya movie setat. ceghita NONGKRONG. yeayy! btw, ceghita tuh buat kitorang tak kering gusi untuk gelak sampai guling-guling dekat movie tuh. selua pun bole londeh bila da banyak ketawa. hewhewhew, tipuu lagi leteww.


nak promote. HIHI. ehh, macam kan korean girl dlm ceghita Full House tuh kankankan ?? macam kan. hiewhiewhiew, perasan. PANGGGG!!!!
acelii, nak wish terima kasih, tenkiuu belibeli machh dekat u'll, zurin and ommi. hopefully kita jd kawan sampai bila-bila okay. 
ilebiuu all :)nanti jumpa lagi. bubbyeeee .....

"A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words." 
- Sent by Donna Roberts


Sunday, May 13, 2012

sahabatku :)

big tanx to my lovely frendd. foreva i lebiuuu :)
location : UFO level 1 Plaza Angsana
note : tenkiuu sebab uolss buat suprise camginih. datang tempat keje gua tak bagi tau ponggg. issshhh, geram !






And dis is for yuuu ...

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

by : Najwa Latif -Sahabat
selamanya kita SAHABAT :)

Tuesday, March 20, 2012

The Best Memory i have ^.^

Assalamualaikum . . .

syukran jazilan, Allah maha adil. memang semua yang kita mohon atau minta akan kita dapat. tetapi mestilah selaras dengan usaha yang dilakukan, selain kesabaran yang tinggi dalam menghadapi apa jua ujian-Nya. TAKE NOTE ! mungkin lambat dan mungkin juga cepat. mungkin juga ianya tidak ditunaikan dalam bentuk yang diharapkan, tetapi mengikut apa yang diperlukan. terima kasih Ya Allah kerana telah membuat aku tersenyum riang pabila saat yang paling berharga dlm hidup datang secara tidak diduga. 7 Mac 2012 memang tak akan dilupa semua tentangnya. :)

*mood skema*

 Bismillah . . .


just got 2A- 1B 1B- with 3 point sumtink. >.<

*tuka mood skema*

walaupun result hanya cukup-cukup makan aku tetap bersyukur atas kurniaan-Nya. saat paling gembira bila tetibe jek nama aku diumumkan sebagai pelajar cemerlang STPM. memang rasa mcm mimpi. bedebo juga time naik stage. bagaikan seorang pesakit pakinson yang tiada harapan untuk sembuh. hihi. jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru2 tingkatan 6 SMK BANDAR TENGGARA yang telah banyak menabur bakti, tak lokek nak share ilmu, sporting, and lastly jadikan kami semua pelajar yang cemerlang. terima kasih CIKGU. and tanx a lotsssss to my lovely parents and frends too. uuuooollsssssss the best everlasting. i lebiuuuu :)


 aku dan fira, sahabat belajar, begaduh, memekak, begosip, tido kat kelas besama, and yang paling kuat membebel. mana-mana je pergi mesti kena bersama. lastly dapat result pon sama. we got 3point sumtink togetherr. hihih



sama-sama berjaya. sama-sama cemerlang. tahniah semua. ALHAMDULILAH.
ehehmm. tiada niat untuk menunjuk-nunjuk, hanya ingin berkongsi kegembiraan bersama. syukran. 

*moral : no gain without pain, Allah is the first *