selamat datang.terimakasih.jumpa lagi

Saturday, December 17, 2011

dinner bersama. yeayyy !

location : Pizza Hut Tmn Perling JB
with : heppy family. rawrr !
function : dinner + lapaa
lagi? : ehh, sebuk la nak tau. 

JEMPUT MAKAN SEMUA :)

Family ...

yuummy ! semua tgh lapa. *kiokkiokk bunyi perut*

mmg banyak cheese, erkk.. not bad la.



adik punya. tp setotett je dia makan. ishhh, ngengade.

yang kuat makan ...

haaa... berisi siket bila da kenyang. HAHA *big laught -_____-*

yang menaja dinner kami hari ini.
terima kasih bebanyak :)

*okay, bole tido skrg, Gud Nite ebelibadiiisss*
off: 12.26 a.m


Thursday, December 15, 2011

blamed on me


we have so many mask we put on everyday,
that we realize we no longer know
which one is real...
- Happy December -

Wednesday, December 14, 2011

happy bestfriends day for uuoollsss !!

This is our memory ...








As I think of you, I remember how lucky I am
To have you and to cherish you as a friend.
Nobody can make me laugh like you can.
Make me joyful at the thought of them.
Every time I see your smile, I want to smile back.
And you will always be the friend of my dreams.
Let our love, comedy, and musical devotion carry on!

I love uoolllss, Upper 6 Delima 10/11 in memories.

Friday, October 14, 2011

^ belajar dari kesilapan itu mematangkan diri kita ^

this time , our time , my time , the time ,, bukan TS or timesquare. this is ur real time nyssa. done ! result trial dah kelua nd hasilnya amat mendukacitakan sedikit. tapi apa pun tetap bersyukur dgn kurniaanNya kerana aku masih lagi diberi peluang utk rasa kejayaan itu.

tak cukup bila pointer hanya 3 point ** , tapi tetap kena bersyukur nd redha sebab itu juga atas usaha aku sendiri. budak yg peMALAS  patut juga diberi result yg sebegitu rupa. nyssa ! jangan terlalu yakin dan berasa selesa bila kau dah ada kat atas , sebab nanti kau pun akan rasa duduk dekat bawah. oleh sebab itulah aku punya result jadi teruk. Ya Allah , jangan biarkan aku lalai lagi.

agak jeles dan cemburu juga bila member yang lain dapat pointer yg terbilang bilang. tapi aku ?? payah untuk dibilang. huh ! belajarlah dari kesilapan , sebab itu akan buat kita tahu dimana silapnya kita. tinggal sebulan je lagi weyh kau ada masa nak rush , sempat ke ??? kau dah la peMalas. sedarlah siket kau belum ada pape lagi sekarang . sape nak kawin dgn kau nanti , ( ehh, kawin pulak citenye ??) T.T

So, be strong nd move on. semua orang tengah mengharapkan kau nih nyssa. teruskan usaha tu. siket jek lagi nak sampai kat endingnya. kau mesti BOLEH. bila future kau elok, elok la kau pegi kawin lepastu. ( eh, kawin lagi ?? ) hihikk, ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh nysa belajar duluu okay. :)

Lastly , be the first , you do you ll get it . ( saje nak sedapkan hati )


kata-kata semangat untuk diri aku sendiri atau lebih dikenali sebagai nurul anissa binti abdul rahim , student syariah upper 6 Delima smk Bandar Tenggara . ceeewwwaaaahhhhhh , detail bebeno katanya.



* Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.

* Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

sekian sahaja. terimakasih .

Friday, September 30, 2011

saja nak sedapkan hati

... Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka ...

dari yang kuat menangis T.T

Monday, September 26, 2011

subhannAllah ...


Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata : 

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: 
 Hatinya selalu berniat suci
Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia



semoga Allah memberikan kelapangan disebalik kesulitan yang dihadapi ini. ikhlaskan hati dalam menghadapi segala ujian dan rintangan-Nya, kerana Dia telah menjanjikan sesuatu untuk setip hamba-Nya yang sabar.
YA LATIF. YA LATIF. YA LATIF.

Monday, September 19, 2011

speechless

hati bengkak setelah menjadi keras.
sekian terimakasih.

***********
stado : stadi + tido
silent mood for a while. examination was carried out.
assalamualaikum

Tuesday, August 16, 2011

very thankful to Allah ...


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.



memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan…



memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA..


dan daripada semua ujian itu akan mematangkan kita dan ini menunjukkan Allah sayang kita atas apa yang diujinya itu. Allah juga tak akan menguji hamba-Nya diluar kemampuan orang itu sendiri. thanks Allah for the gift of MFS to me. really appreacited him in my life. Ilovehimsomuch...

sabar itu penting. lastly,, Allah is the best LOVE.

bertepuk sebelah tangan

individuals who are always expecting you pleasure :

Allah will not give the test beyond its ability servants. be patient on all His test. there's the best after this... InsyAllah



behind the joy, hidden one million of sadness...

Saturday, August 6, 2011

STTP means ??

Straight To The Point,, 
kahkahkah
rindu awak la sayang !!
tahan-tahan,, bulan puasa nih.
tahan kerinduan besides tahan diri dri lapa dn dahaga serta perkara-perkara 
yg boleh membatalkan puasa
okay. babai
assalamualaikum.....


lebiuu till my last breath ...
*ahhaa..sempuutttt

Sunday, July 31, 2011

sebelum kedatangan ramadhan... selamat hari lahir ^^


assalamualaikum.. dah lama tak update blogg. (ayt yg biasa d gunakan sesorang bila dia mmg dah lama tak berbelogger) bizi katanya. nd akulah salah sorang daripadanya. huh ! tengok headline,, aku pun tak faham ape maksudnyaa. so, just nak ucapkan selamat menyambut kedatangan ramadhan nd selamat hari lahir kepada kakak aku yg jatuhnya pada bulan puasa nihh, 3 August bersamaan 3 ramadhan nihh. 

dikesempatan ini kami semua telah pun disogok untuk bersama-sama meraikan hari ulang tahunnya. hahah. terima kasih, terima kasih kerana meraikannya dengan duit anda sendiri. kuikuikui :D

yg turut disogok mogok :: emak.abah.aku.nana.boboy.abg amir::
lokasi :: Johnnys Restaurant Jusco Bukit Indah JB



sementara menunggu kuah mendidih... LAPA !!

 abah yang tak saba menahan kelaparan ..

sebelum dimasak.masak.masakkk.

yg kelaparan ..


 terima kasih kakak :)

Tuesday, July 12, 2011

freak ..

mood berubah-rubah ?? gunalah lebreass bak kata yuna. tapi aku ??? guna tak okeh tak guna lagi la tak okehh. watdehellgoingon. blablablaaa. 

FYI,, aku sedang depress, while waiting for the big big big WAR ! oh Dear.. time tuh la aku tak berapa nak sihat. kesihatan mmg selalu terganggu. padahal itu cuma perkara biasa bagi aku yang bergelar student. cakap mmg belagak 'diva' bak kata hanafi abg kawasan kat dlm clss aku. well, aku mmg belagak but adakalanya itu hanya lakonan untuk sedapkan hati aku okehh. jangan terkejut beruk makyehh bila tengok aku tak keruan kat class. coz i'm try to be who i'm.

blablablaa ! exam da nak dekat. trial around the corner. tapi still tak sedar.. gila babibuta. mood tak stabil. macam mane nak hadapi semua nih. kau, kau, kau jadi mangsa amarah aku jek kan. sorry,, kau mmg tak besala. tapi aku tetap nak marah jugak. ehh, tapi aku mintak maafkan. so, kau relax jela. aku mmg suka marah orang. haha sorry sayangg. pasnih tak buat lagi. maybe..... ;) *blinkblink*


View Image

busy rite ?? huarggggghhhhh. tensiooon !
*babe,, i'm so sorry coz placed u in this situation. 3 sweet word for yuu. i love u <3

Wednesday, June 8, 2011

all about ...

beberapa perkara yang anda mesti tahu pasal CIK NURULANISSA BINTI ABDUL RAHIM

1. seorang student wanita,perempuan,girl,women,ladies and segala bagai yang sama maksud dengannya.
2. sangat comel (dri pandangan matanya sendiri)
3. kuat tido serta rajin TIDO (hobinya buat masa sekarang)
4. rajin belajar (bila perlu)
5. tidak merokok (kerana belum rasa dirinya matang)
6. sangat sayang akan keluarga, teman, ibubapa, bofrend, kanakII, dan domo (pemberiankekasihhatinya)
7. kuat cemburu serta minat bercemburu (kekasihhatinya jugabegitu)
8. kuat membebel juga berangan (sape berangan otak akan aktif wooo)
9. kuat makan makanan yang halal (tapi tak reti nak membeso badan nihh)
10. obses dengan warna biru dan terlalu menyintai chocolate sebagai santapan di masa suka dan duka
11. sudah ditawan hatinya oleh seorang jejaka beragama Islam (sangat hensem)
12. bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang wanita yang bekerjaya (masih dalam pemikiran)

semua manusia itu tidak sempurna. jangan terpedaya dengan kata-kata diatas. *AMARAN KERAS.
sekian. terimakasih .

Sunday, June 5, 2011

because i miss you ..

Looking back on everything,
I still remember his smile.
I wish things didn't end so soon,
And turn back time for awhile.

No matter how much it hurts,
I still love him so.
A part of me needs him so much,
Can't seem to let him go.

Knowing I won't be able to see him,
Makes my heart cry out in pain.
I can't believe we won't talk anymore,
The thought makes me wanna go insane.

He was my reason for waking up,
For the smile you see on my face.
Going a single day without him,
Makes me feel so out of place.

I was afraid of opening up,
Now I'm afraid of the next day.
Whenever I see him one last time,
I'm terrified of what he may say.

I know tomorrow will hurt,
But the tears will fade away.
Life is too short for regrets,
There will be a brighter day.

But when I see him one last time,
I won't know what to do...
When he tells me that last goodbye,
I'll whisper,"I already miss you..

i miss you.. !


View Image

* I wrote this poem because yesterday is the last day i see his faced. Which means the last day he end their holidays with me. Things will change, feelings will change, but I'll miss him like crazy until I can see him again. Thanks for reading.. hope you enjoyed. IMY dear F <3

Thursday, April 21, 2011

KARENAH .. Ayat Selepas Kahwin. HiHi

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer........

Tuesday, April 19, 2011

andai awak tahu . .

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

shared by : Halimatun Ima (facebook)

Friday, April 8, 2011

rombakan bukan rompakan !!? watdehekk'eleh


6 ATAS DELIMA 2011

diconcerr oleh students2 terBAEKKKKK !!
ruzaini .fuad .muiz .wan .fiefah .zati .pika .fira .julia .nisa .yatty .nadiah . farahin .zara .eikinEmbukUpik .hani .tikah .fiqah .ira .eikinpurry .farah .sue .rausyan .asyik .alip .hanafi .nasir .ili .zariyana .jamilah .haslini .sarifatul .baizura

tetapi mengapa perpisahan yang tak diundang itu sering terjadi ? hairan lah.. mengapakah ???
cecitee..cecite. tak molek bebeno. 
see..

kaum hawa yg cecantik belaka nyahh .



herohero 6 AD.



besama ustad stand for syariah's subject


hero lagi,, tanpa korang class tak best bhaii..







*setelah dikaji, disoal selidik, diteladani, dilihat, di imbas kembali, di adaptasi dari cerukceruk puaka niang rapik, segala bagai di lagiiiiiii...... haku melaporkan dan ingin memberitahu kami tak bole bepisah. huargghhh !
see................................. da macam adek beladik wooo. 

credit to 6 atas Delima 2011 ,,

there are things that we don't want to happen but have to accept, things we don't want to know but have to learn, and people we can't live without but have to let go.
please stop crying dear. its hard to face..

p/s : walau ape pun terjadi kita tetap satu keluarga okay. mohon maaf andai ada tersalah kata tergurau yang melampau termakan terminum or wateva yang menyinggung perasaan. jangan tak kenal 6 atas delima lagi kalau dah terpisah. ingat masa depan kita. sayang kauOrang !!