selamat datang.terimakasih.jumpa lagi

Thursday, September 26, 2013

Pesanan buat bayu

Angin bayu.. sejuk menyinggah kamar ini..
Kau terlena dibuai mimpi indah
Aku disini mendoakn kau agar bahagia bersama mimpi..

Kerana mimpi itu pasti melatakkan aku sebagai pelakon utamanya.

Mimpi.. kau bukan lg misteri.
Aku.. sang pelakon yg sentiasa menemani mimpi itu. .
Kau... teruslah dgn mimpi itu.
Kerana aku pasti.. mimpi, aku dan kau saling menjadi pelengkap supaya tidurmu tak lagi kacau.

Mimpi.Aku.Kau ... slmt mlm

Friday, September 6, 2013

Hati sebentuk cinta

Kalau hati ini boleh berbicara..
Pasti saja kata caciannya itu melampaui mulutku.

Tapi apakan daya..
Aku hanya mampu menyuruhnya bersabar sehingga ke tahap ini.

Allah.. subhanAllah.

Boneka...

Yaa.. seperti yg kita tahu boneka itu tidak mempunyai apa apa perasaan..

Apa sahaja kita lakukan keatasnya dia seolah olah rela..

Tak ada satu pun perasan marah benci hasad suka atau apa sahaja yang boleh diterjemahkan sebagai perasaan..

Tapi..
Kau silap jika kau lakukan itu keatas manusia yang selama ini terlalu menyanjung tinggi akan dirimu.

Sedarkah.. sedarkah engkau akan pengorbanan, kesabaran, serta sakit perih yang dia hadapi?

Atau..
Kau lalai akan hal itu dan ingin selalu dia ingatkan tentang apa yang dia tidak gemar?!

Atau..
Selepas dia melafazkan shahadah dan menutup mata.. baru kau mahu sedar tentang segala yang dia lakukan?
Sedarlah.. kita hanya manusia.. dia juga manusia.. pasti saja ada kekurangan dan kelebihan yang patut engkau tahu.

Jika ada yang aku terlupa.. tolong ingatkan. Kerana aku sentiasa mempelajari segala apa yang engkau mahukan. Dan aku juga bukan seperti boneka itu..

Salam. Sekian...
    

Friday, May 17, 2013

Beberapa tahun kemudian ...

Assalamualaikum...

hai semua... nampaknya dah lama aku tak update blog ni. Ini semua gara-gara kesibukkan sebagai mahasiswa yang agak melampau ya tuan-tuan sekalian. well, esaimen, tutorial, kuliah, projek kolej and etc yang aku kena tempuhi membuatkan aku tiada masa untuk menjengah blog. tetapi selalu pulak bukak fesbook dan twitter utk mengetahui gosip-gosip terbaru abad ini. hahaha.bagaimanakah ??

in short, aku baru abis dinner Jabatan yang agak vogue and sangat-sangat best bertempat di Hotel ArmadaPetaling Jaya. dekat je uolss blakang UM tuh rupanyaa.. dan biarkan gambar bebrbicara kerana aku sudah ketiadaan idea untuk membebel. sekian, terima kasih uollss :)


Me as a student of Southeast Asean Studies


dan juga s'org student yg mengambil bahasa Filipin. Salamat sa lahat :)

hari kejadian...

sahabat sekuliah sayaa

with Ceronica yg juga part of Filipino language student

bestfrend everrrr dekat UM.. Ras Anizan !!!

the great Food... Alhamdulilah,sangat berpuashati uolsss, 

the desert ...

and lastly uollsss, i win the lucky draw and dis is my first time.. syukran :D

Thank You


Monday, January 21, 2013

21st of Jan

Assalamualaikum...

Allah bagi dia kekuatan, sampai ke hari ini dia masih lagi kuat,
Allah bagi dia ketabahan, hingga ke hari ini dia tetap tabah dlm kehidupannya,
Allah bagi dia kesabaran, hingga ke hari ini juga dia tetap bersabar dlm setiap ujian Mu,
Allah bagi dia kesetiaan, hingga ke hari ini juga dia tetap setia menanti segala perancangan dari Mu,
Allah bagi dia nafas untuk meneruskan kehidupannya, dan hari ini adalah harinya, hari untuknya mengenal akan dunia yang selama 21 tahun dia bersama. bersama dgn segala pahit manis kehidupan dunia.

Selamat Hari Lahir sayang. semoga Allah terus merancang sesuatu yang tarbaik untuk dirimu, keluargamu dan KITA :) 


salam sayang, 
Fadzrul Sazali
:: 21st January with 21st years old :: 

Tuesday, January 8, 2013

saya takut :(

wahai sang Adam .. namamu selalu saja terukir dalam sejadah cintaku. Namun... adakah ianya pasti. realiti dan bukannya fantasi... kerana aku takut bila kau ungkapkan kata bahawa KAU MENCINTAI AKU. lalu aku teringat akan senario ini ....

# kau kata cinta padaku, tetapi mengapa bila sang mentari terik datang kau mencari pohon untuk berteduh ...
# kau kata kau cinta padaku, tetapi mengapa bila hujan membasahi bumi kau kau mencari tempat untuk berlindung ...
# kau kata kau cinta padaku, tetapi mengapa bila angin bertiup kau mengerdipkan mata ...

**sebab tu la aku takut bila kau kata KAU MENCINTAI AKU kerana aku takut aku akan kehilangan dirimu dan belum tentu juga aku dapat melengkapi hidup mu.

Monday, December 31, 2012

GoodBye 2012 Hello 2013

Asslamualaikum...

Alhamdulilah, syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup di tahun baru ini. dan seperti kebiasaannya semua orang mula la mengukir azam baru. tapi aku ? masih lagi tercari-cari azam yang sesuai. ececehh. azam 2012 dah pun tercapai, and most thankful to Allah sebab 2012 paling banyak kenangan gembira tercalit dalam hidup aku. waahhhh. speechless gituww. 

And now, 2013 muncul dan semua mahasiswa di seluruh Malaysia (maybe) yang akan menduduki final exam expcially aku sedang mengalami kemurungan dan stress yang melampau. *tangan kat bahu,buat mulut itik*
Yayayayya, Final Exam untuk sem 1. tapi diri ini masih lagi berdegil untuk tidak study dengan lebih gigih. manakala mata hanya berusaha untuk terpejam sambil tertidur lena dibuai mimpi indah macam berada kat pulai Okinawa tuwww. eerr -.-'. Mashaa Allah. 

Despite, its sounds like 'eeerrr', aku mempunyai harapan yang tinggi sekaligus jadi azam untuk tahun baru ni. I hope, I hope, I hope...... dapat pointer yang terbaik dan kalau boleh bagi Dekan jela terus untuk sem ni. kannn. *sambil lepang muka bagi sedar sikit siapa diri ni*. LOL sangat besar harapan itu dan aku harap ianya bukan mimpi. hiewhiewhiew.

Btw, selamat melangkah ke alam 21st untuk diri sendiri, dan majulah diri untuk lebih gigih tidur dengan nyenyak di tahun baru ini. sekian. selamat tinggal 2012. I wish ...........