selamat datang.terimakasih.jumpa lagi

Monday, January 21, 2013

21st of Jan

Assalamualaikum...

Allah bagi dia kekuatan, sampai ke hari ini dia masih lagi kuat,
Allah bagi dia ketabahan, hingga ke hari ini dia tetap tabah dlm kehidupannya,
Allah bagi dia kesabaran, hingga ke hari ini juga dia tetap bersabar dlm setiap ujian Mu,
Allah bagi dia kesetiaan, hingga ke hari ini juga dia tetap setia menanti segala perancangan dari Mu,
Allah bagi dia nafas untuk meneruskan kehidupannya, dan hari ini adalah harinya, hari untuknya mengenal akan dunia yang selama 21 tahun dia bersama. bersama dgn segala pahit manis kehidupan dunia.

Selamat Hari Lahir sayang. semoga Allah terus merancang sesuatu yang tarbaik untuk dirimu, keluargamu dan KITA :) 


salam sayang, 
Fadzrul Sazali
:: 21st January with 21st years old :: 

Tuesday, January 8, 2013

saya takut :(

wahai sang Adam .. namamu selalu saja terukir dalam sejadah cintaku. Namun... adakah ianya pasti. realiti dan bukannya fantasi... kerana aku takut bila kau ungkapkan kata bahawa KAU MENCINTAI AKU. lalu aku teringat akan senario ini ....

# kau kata cinta padaku, tetapi mengapa bila sang mentari terik datang kau mencari pohon untuk berteduh ...
# kau kata kau cinta padaku, tetapi mengapa bila hujan membasahi bumi kau kau mencari tempat untuk berlindung ...
# kau kata kau cinta padaku, tetapi mengapa bila angin bertiup kau mengerdipkan mata ...

**sebab tu la aku takut bila kau kata KAU MENCINTAI AKU kerana aku takut aku akan kehilangan dirimu dan belum tentu juga aku dapat melengkapi hidup mu.